Isnin, 14 Mei 2012

Kecurian 1

Satu lagi kes kecurian disedari berlaku pada petang ini. 2 buah kepala paip dalam tandas surau telah dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Keadaan ini menyebabkan air keluar mencurah-curah sehinggalah disedari oleh abang 'Din'. Ini merupakan kejadian kecurian kali ke-4 berlaku sepanjang tahun ini. Kejadian pertama ialah kecurian melibatkan meter paip air, diikuti dengan kehilangan 6 buah kepala paip tempat berwuduk diikuti dengan kejadian pecah masuk surau yang melibatkan kehilangan wang tabung surau. Apa yang diharapkan ialah pembinaan pagar surau dapat disegerakan sekurang-kurangnya bagi membendung kegiatan ini dari terus berleluasa. Semoga Allah memberi hidayah kepada insan yang terlibat dalam kejadan ini serta memberi perlindungan kepada surau daripada kejadian-kejadian yang tidak diingin..... Amin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan