SEJARAH

03.12.2006 - Hj Mohd Nasir b. Adam telah mncetuskan idea mewujudkan surau di Bandar Baru Siputeh dalam perjumpaan pertama penduduk Bandar Baru Siputeh di kediaman En. Daud b Ngah Mat Nooh

                   - Rumah beralamat no 16 Laluan 13 menjadi surau sementara pertama dengan kadar sewa RM 400 sebulan

                   - Disebabkan faktor kewangan sewaan, pemilik rumah di no 5 Laluan 13 telah bersetuju mewakafkaf rumahnya untuk dijadikan surau tanpa syarat.

                   - Mesyuarat telah bersepakat untuk mengutip dana dari jemaah Bandar Baru Siputeh untuk membina sebuah surau secara gotong royong

                   - Permohonan untuk mendapatkan bantuan pembinaan surau dibuat kepada Jabatan Perdana Menteri

                   - Pembinaan surau secara gotong royong mula dilakukan dengan kutipan yang diperolehi sekitar RM 20 ribu ringgit.

                   - Pihak Kerajaan melalui Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan dana RM 200 ribu untuk pembinaan sebuah surau baru di tapak bersebelahan surau yang masih dalam pembinaan secara bergotong royong.

17.05.2010 - Kerja-kerja pembinaan surau dana kerajaan dimulakan.

08.08.2010 - Surau yang dibina secara gotong royong telah siap untuk digunakan untuk sembahyang Terawih menjelang Ramadhan

26.08.2010 - Surau dana kerajaan telah siap sepenuhnya untuk digunakan. Surau yang dibina secaya gotong royong diputuskan menjadi dewan makan serta tempat menyimpan peralatan-peralatan surau.

07.09.2010 - Serahan rasmi surau oleh kontraktor dan wakil kerajaan Malaysia kepada pengurusan surau Bandar Baru Siputeh

28.10.2011 - Dataran kejat surau siap diturap tar sepenuhnya

22.10.2012 - Pagar surau dana sumbangan Baitulmal telah siap disempunakan sepenuhnya

19.11.2012 - Tandas dan tempat wuduk wanita, dana sumbangan di bawah Program Projek Penyelenggaraan Infrastruktur (ICU), Putrajaya berjumlah RM 20 000.00 telah siap sepenuhnya.
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan