Isnin, 25 Mei 2015

RAMADHAN 1436H

Ramadhan Almubarak akan hadir tidak lama lagi. Satu mesyuarat khas telah dijalankan pada 24 May 2015 selepas solat maghrib yang telah membuat ketetapan seperti berikut:

1. Solat Tarawih : 8 rakaat + 3 rakaat (Witir)
2. Imam Tarawih : Bayaran saguhati di beri mengikut bilangan hari bertugas
     2.1  Mohd Yusuf b Ibrahim (Ketua)
     2.2  Muhammad Nasir b. Din
     2.3  Ariffin b Ishak
     2.4  Tn Hj Saharudin b Nik
3. Bilal Tarawih
    3.1 Daud b Ngah Mat Nooh
    3.2 Mohd Shukri b Abd Aziz
    3.3 Ahmad Zaidi b Alias
    3.4 Rahim b Tak
4. Moreh (Berbuka)
    - dimulakan pada hari ke 2 Ramadhan
    - Katerer : Pn Ani (seperti tahun lepas)
    - Kadar : 1 kepala RM5.50 x 40   :     RM 220.00
                    Bayaran Petugas Moreh:   RM   40.00
                    Kudapan Tarawih              RM   40.00
    - Penyertaan moreh terhad kepada 1 moreh untuk 1 orang @ berkongsi
    - Menu : Lauk (4 jenis), minuman (sejuk dan panas), nasi, buahan, agar-agar & kurma
    - Bayaran penyertaan moreh dan menu perlu dijelas dan dimaklumkan 3 hari sebelum tarikh moreh yang ditetapkan kepada cikgu Zaidi (0165613306)
5.  Gotong royong
     Tarikh : 07.06.2015
     Masa   : 8.00 pagi

Sabtu, 16 Mei 2015

JOM RONDA

Sejak akhir-akhir ini kejadian pencerobohan rumah semakin menjadi-jadi di kawasan Bandar Baru Siputeh. Sehubungan itu melalui satu mesyuarat tergempar yang dijalankan pada 14 May 2015, jemaah bersetuju untuk menjalankan rondaan mengikut giliran (tanpa paksaan) pada setiap malam mulai jam 1.00 pagi hingga 5.00 pagi di bawah seliaan Sarjan Majid. Semoga dengan semangat kemuafakatan in akan memberikan impak yang positif kearah kesejahteraan warga BBS. InsyaAllah...
Terkini..... rondaan dijalankan dalam 2 shift... Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan peralatan yang mencukupi bagi tujuan rondaan.... Selamat meronda 

Selasa, 22 Julai 2014

ALFATIHAH

Pada hari ini,  ketika usia Ramadhan menjangkau hari ke 24, warga Bandar Baru Siputeh dikejutkan dengan satu berita yang  menyedihkan apabila Encik Ibrahim, pesara Pos Malaysia, telah kembali ke rahmatullah pada usia 62 tahun akibat sakit barah hati yang dtanggungnya hampir 7 tahun lamanya.. Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak lelaki. Semoga Allah menempatkan Allahyarham ditempat yang terbaik bersama muslimin yang lain. Alfatihah

Sabtu, 28 Jun 2014

JADUAL MOREH 2014


RAMADHAN MENJELMA KEMBALI

Ramadhan.... Bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya telah tiba kini. Alhamdulillah, kita masih diberi Allah usia yang panjang, kesihatan yang baik untuk mengharungi bulan yang penuh barakah insyaAllah. Rebutlah sebanyak mungkin peluang yang Allah beri pada kita. Selamat Berpuasa

Jumaat, 23 Mei 2014

SALAM TAKZIAH

Innalillahhiwainnalillahhirojiun

Salam takziah buat Abg Yusuff Ibrahim (Naib Pengerusi Surau Almuwafiqin) atas pemergian isteri tersayangnya  Pn Sharifatul Amnah kerahmatullah pada 21.05.2014 (Rabu) jam 2.45 petang. Semoga Allah cucuri rahmat dan mengurniakan tempat yang terbaik buat Allahyarhamah disisiNya... Alfatihah

Ahad, 18 Mei 2014

Ceramah Perdana Cintai Rasul

Ceramah Perdana Cintai Rasul bersama PU Yeop telah berlangsung dengan jayanya di dataran Surau Almuwafiqin, Bandar Baru Siputeh pada 16hb Mei 2014. Ceramah yang bermula jam 9.00 malam dan berakhir 12.00 tengah malam itu diselang selikan dengan Qasidah oleh pelajar KUISAS (Kolej Universiti Sultan Azlan Shah) Kuala Kangsar telah berjaya menarik tumpuan lebih ribuan penonton dari pelbagai pelosok tempat. Pihak JK surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan serta bertungkus lumus menjayakan perjalanan majlis ini.