Ahad, 24 Jun 2012

Majlis Ceramah Isra' dan Mikraj

Majlis Ceramah Isra' dan Mikraj telah dijalankan malam tadi dengan mengundang AF Ustaz Ismail b Shaari (gambar) sebagai penceramah. AF Ustaz yang merupakan seorang tenaga pengajar di SM Layang-Layang Kiri, Parit sering menyampaikan ceramah agama di majlis-majlis ilmu sekitar Parit, Bota dan Sri Iskandar. Majlis yang dilangsungkan di dalam Surau Al- Muwafiqin selepas solat Maghrib ini telah dihadiri lebih daripada 100 orang muslimin dan muslimat yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk tempatan malahan dari kawasan  sekitar Bandar Baru Siputeh. Ceramah sepanjang 1jam 30 minit itu telah mencapai matlamat sambutan Isra' dan Mikraj tahun ini. Diakhir majlis, semua tetamu yang hadir disajikan dengan hidangan makan malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan