Khamis, 19 April 2012

Tempat Wuduk Wanita

Tempat wuduk wanita telah berjaya disediakan dikawasan belakang surau. Dibina menggunakan dari kepingan aluminium sepenuhnya, kos pembinaan keseluruhan tempat wuduk ini mencecah RM 600.00. 2 orang secara peribadi telah menghulurkan sumbangan ikhlas berjumlah RM 500.00 dan RM 200.00 bagi menaja pembiayaan kos pembinaan tempat wuduk ini. Terima kasih kepada En Zaini b. Adam yang telah bertungkus lumus selama seminggu menyiapkan tempat wuduk ini di rumahnya dan mengangkat secara bergotong royong bersama warga Bandar Baru Siputeh ke tapak sekarang. InsyaAllah, dengan adanya tempat wuduk ini akan dapat memberi manfaat kepada jemaah wanita untuk melaksanakan ibadat di surau ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan