Ahad, 18 Mei 2014

Ceramah Perdana Cintai Rasul

Ceramah Perdana Cintai Rasul bersama PU Yeop telah berlangsung dengan jayanya di dataran Surau Almuwafiqin, Bandar Baru Siputeh pada 16hb Mei 2014. Ceramah yang bermula jam 9.00 malam dan berakhir 12.00 tengah malam itu diselang selikan dengan Qasidah oleh pelajar KUISAS (Kolej Universiti Sultan Azlan Shah) Kuala Kangsar telah berjaya menarik tumpuan lebih ribuan penonton dari pelbagai pelosok tempat. Pihak JK surau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghulurkan sumbangan serta bertungkus lumus menjayakan perjalanan majlis ini.                                            

Tiada ulasan:

Catat Ulasan