Sabtu, 15 Disember 2012

Dalam Kenangan

Isteri
Abang Ghani

En Abd Ghani b Azali sekeluarga telah selamat berhijrah ke Lot 2120 Kampung Boyan, Taiping pada jam 9.30 pagi. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan 'Abang Ghani' bertugas sebagai anggota polis di Batu Gajah dan bersara pada bulan Jun 2012 yang lalu, menetap dengan menyewa rumah di 14 Laluan 13 Bandar Baru Siputeh pada bulan Mac 2012. Walaupun tempoh 'Abang Ghani' berada di Bandar Baru Siputeh cuma sekitar 10 bulan sahaja, namun penghijrahan beliau pasti membuatkan warga Bandar Baru Siputeh akan terasa ketiadaannya terutama bagi jemaah surau Al-Muwafiqin. Dalam tempoh yang singkat ini 'Abang Ghani' kerap mengimamkan jemaah untuk solat waktu di surau. Beliau mudah mesra dan sering turut serta dalam apa jua program di surau. Kami warga Bandar Baru Siputeh mengucapkan terimakasih atas semua sumbangan dan kerjasama yang diberikan dan sejuta kemaafan dipinta atas segala perbuatan dan tuturkata yang menyinggung perasaan 'Abang Ghani' di sini. Selamat berhijrah dan sampai ketemu lagi. InsayAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan