Jumaat, 7 Disember 2012

Bubur Asyura

Alhamdulillah. Para Muslimah Bandar Baru Siputeh telah bersama-sama menggembeleng kudrat dan tenaga bergotong royong menyediakan menu bubur Asyura sempena bulan Muharam ini. Bubur Asyura yang telah disiapkan diagih-agih kepada jemaah sekitar Bandar Baru Siputeh.Walaubagaimanapun, pihak jemaah Muslimah memohon kemaafan kepada jemaah yang tidak menerima agihan bubur tersebut atas sebab-sebab teknikal seperti ketiadaan sukarelawan yang sanggup membuat pengagihan dari rumah ke rumah, jemaah yang tiada di rumah ketika agihan dilakukan. InsyaAllah, setelah bermuhasabah diri, segala kelemahan yang berlaku pada tahun ini akan cuba diatasi untuk tahun-tahun mendatang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan