Khamis, 19 Julai 2012

RM15000 pagar Surau


19 Julai - Alhamdulillah, untuk kali ketiga tahun secara berturut-turut bulan Ramadhan menjelmakan keberkatannya untuk penduduk dan surau Bandar baru Siputeh. Ramadhan tahun 2010 tiba dengan terdirinya surau Al-Muwafiqin. Ramadhan 2011 pula, permohonan dataran kejat sekeliling surau telah dilulus dan terbina mengikut keperluan. Dan menjelang Ramadhan 2012 ini, permohonan peruntukan pembinaan pagar surau dari Majlis Agama Islam Perak sejumlah RM15000 telah diluluskan. Walaupun permohonan asal berjumlah RM25000 tidak tercapai, rasa syukur ke hadrat Allah swt dan terima kasih kepada semua pihak yang terlbat, terutama Pengerusi Surau yang tidak jemu-jemu berusaha memastikan dana bagi pembnaan agar surau tercapai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan