Ahad, 24 Jun 2012

Kecurian 2

Hari ini (24.06.2012), kejadian kecurian terjadi lagi di surau Al-Muwafiqin. Sekali lagi tabung surau telah dipecah dan semua sumbangan jemaah telah lesap. Kejadian dipercayai berlaku antara jam 5.15 petang hingga 7.00 petang. Menurut saksi-saksi kejadian, sebelum solat Asar, tabung-tabung surau yang dietakkan dalam bilik berkunci (bilik Bilal) masih dalam keadaan baik. En Shukri (Imam) yang pergi ke surau pada jam 7.25 petang mendapati tabung-tabung tersebut berkeadaan tidak tersusun dan  mangga pada setiap tabung telah dipecah dan semua wang lesap. Jumlah wang terkumpul di dalam tabung tidak diketahui, tetapi dipercayai mempunyai nilai, atas sumbangan indivdu sempena majlis ceramah Isra' dan Mikraj yang berlangsung malam tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan